Nuffnang Adds

Sunday, November 7, 2010

Stages in couple's Life...

Peringkat 1: Dalam sesebuah perhubungan, permulaannya adalah sangat indah... Everything is sweet...loving...rasa seperti dunia kita yang empunya. Baik buruk yang terlihat pada pasangan serasa seperti tiada celanya. Bahkan seperti mahluk yang terlalu sempurna ciptaannya di mata masing-masing. Hari-hari melafazkan kata cinta, bertukar bicara rindu dan kemaruk bertemu untuk memadu rindu yang tidakbertepian.. Hp tidak boleh lekang dari sisi, ke tandas, ke kamar mandi, makan, baring duduk...sibuk bermsg sahaja. (wah, bakunya bahasa saya hari ini).. Pasangan juga bersifat sangat prihatin terhadap satu sama lain. Sepertinya sangat sefahaman dan bertolak ansur terhadap pasangan. Tidak mempertikaikan di antara satu sama lain kerana masing-masing saling menjaga hati dan perasaan sesama sendiri.

Peringkat 2: Namun, lumrah manusia. Bisa berubah...ibarat air ada pasang surutnya. Demikian juga hidup pasangan kekasih.. Mula-mulanya hangat, namun kian suram kemudiannya... Pasangan mula alpa untuk memberikan perhatian sewajarnya kepada pasangan kerana beranggapan bahawa pasangan tidak perlu diberikan perhatian berlebihan seperti di awal perhubungan. Di saat itu, mula terlihatlah kejengkelan sikap pasangan, yang buruknya mula terlihat, ada saja yang kurang elok pada pandangan mata... Hubungan kian hambar, kata-kata cinta mulai jarang kedengaran... Cinta semakin pudar tika rindu jarang bertandang...Ada pasangan yang gagal mengharungi tempoh ini, dan berpisah disebabkan ketiadaan persefahaman dalam mengharungi alam percintaan. Tidak dinafikan saat ini sememangnya sukar bagi setiap pasangan, namun sekiranya cinta anda benar-benar menyintai di antara satu sama lain, anda pasti dapat mengharungi 'the worst moment' dalam perjalanan percintaan anda..


Peringkat 3: Pasangan yang berjaya mengharungi peringkat sukar dalam fasa hubungan mereka akan berupaya menjalinkan persefahaman dan rasa cinta yang kukuh terhadap pasangan. Di sini, mereka mempunyai pemikiran yang lebih matang dan mula mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pasangan. Pasangan mula mengambil berat terhadap satu sama lain. Mereka juga mula bertolak ansur dalam semua perkara.. Sekiranya pasangan sibuk dengan tugas, mereka tidak terlalu menuntut perhatian dan mendukung pasangan dalam setiap perkara yang dilakukan. Pasangan juga mampu menerima kebaikan dan keburukan, kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Adakalanya wujud perselisihan faham antara pasangan pada peringkat ini, namun pasangan lebih matang dalam pembawaan mereka menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam hubungan mereka. Pasangan menjadi lebih terbuka membincangkan masalah dalam perhubungan mereka dan ini menjadi kunci penting kepada pasangan untuk mewujudkan hubungan yang harmonis sesama mereka. Pada peringkat ini, rasa cinta bukan hanya tertumpu kepada faktor luaran/fizikal, namun ianya lebih tertumpu kepada keperibadian dan sifat dalaman yang dimiliki masing-masing. Dalam peringkat ini, hubungan menjadi lebih stabil dan kebanyakannya berakhir di alam perkahwinan...


Peringkat 4: Alam perkahwinan adalah merupakan saat-saat kemuncak dalam hubungan percintaan. Perkahwinan merupakan satu tanda bahawa anda dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan komitmen percintaan anda secara rasmi. Di peringkat ini, anda akan mula membukakan mata anda untuk menilai pasangan secara langsung setiap hari. Bagi memastikan hubungan anda pada peringkat ini terus stabil, anda perlu lebih bertolak ansur terhadap pasangan anda. Anda juga perlu berusaha menjaga dan perasaan masing-masing supaya perkahwinan anda akan berkekalan. Banyak yang harus anda pelajari dalam tempoh ini. Ingatlah, bahawa perkahwinan adalah untuk selama-lamanya. However, sometimes couples just don’t get along. Small disagreements can turn into blazing rows. Living together and dealing with all the stresses and strains of work and family life doesn’t always make it easy for us to appreciate our partners. Oleh itu, anda harus menjaga perkahwinan ini sebaik mungkin demi kebahagiaan anda berdua. Amalkan sikap terbuka dan cuba berbincang sebaiknya seandainya anda tidak berpuashati terhadap pasangan. Kejujuran adalah sangat penting untuk memastikan hubungan anda berkekalan.


Peringkat 5: Having baby, kids and getting older together!!




Peringkat 6: We travel, memories our journey and we die together....in love 










P/S: Appreciate ur love one... U will never know what might happen tomorrow...

If tomorrow never comes 

Will she know how much I loved her 
Did I try in every way to show her every day 
That she's my only one 
And if my time on earth were through 
And she must face this world without me 
Is the love I gave her in the past 
Gonna be enough to last 
If tomorrow never comes ♥

No comments:

Post a Comment